ADS
story images
story images
mk-logo
Berita
114 terbunuh, 732 cedera akibat gempa bumi di Myanmar

Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, lapor Xinhua.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berkata jumlah korban termasuk 96 dari ibu negara Nay Pyi Taw, 18 dari Sagaing dan 30 dari Kyaukse, menurut laporan itu.

Dia berkata mereka yang cedera termasuk 432 dari Nay Pyi Taw dan 300 dari Sagaing.

Menurutnya, banyak bangunan mengalami kerosakan, dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Min Aung Hlaing turut meminta bantuan daripada masyarakat antarabangsa, menurut laporan itu.  

ADS

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS