ADS
mk-logo
Berita
Isu kuil: Peguam gesa k’jaan dedah perjanjian jual beli tanah pada 2014
Diterbitkan:  Mar 24, 2025 2:34 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Peguam Ambiga Sreenevasan dan N Surendran menggesa kerajaan untuk mendedahkan perjanjian jual beli yang menempatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat swasta.

Dalam kenyataan hari ini, Ambiga dan Surendran berkata mereka dimaklumkan bahawa perjanjian bertarikh 12 Mei 2014 itu mengandungi peruntukan dan maklumat mengenai hak serta status kuil tersebut.

"Kami ada asas kukuh untuk yakin bahawa pendedahan perjanjian jual beli itu dapat membantu secara signifikan dalam mencapai penyelesaian terhadap situasi semasa, selain memastikan kebertanggungjawaban awam dan ketelusan berhubung penjualan tanah kerajaan kepada entiti swasta," kata mereka.

Kuil itu dijangka akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah masjid.

Sebelum ini, Surendran mendakwa bahawa kuil tersebut kini berada dalam keadaan tidak menentu akibat tindakan DBKL pada masa lalu.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS