ADS
mk-logo
Berita
Syarikat penerbangan Jordan buat penerbangan ujian ke Aleppo
Diterbitkan:  Mar 24, 2025 8:27 AM
Dikemaskini: 12:47 AM

GLOBAL | Royal Jordanian Airlines (Royal Jordanian), syarikat penerbangan nasional Jordan semalam melakukan penerbangan ujian ke Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo sebagai persediaan untuk menyambung semula penerbangan ke bandar strategik Syria itu selepas penggantungan selama 14 tahun, lapor Xinhua.

Stesen televisyen kerajaan Al Mamlaka melaporkan, penerbangan ujian itu dilakukan selepas lapangan terbang berkenaan dipulihkan dan dibuka semula sejak minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Royal Jordanian, Samer Majali, berkata ia merupakan syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo.

Dia berkata penerbangan ujian itu membawa delegasi dari Royal Jordanian, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Jordan serta pegawai berkaitan untuk menilai tahap kesiapsiagaan lapangan terbang berkenaan.

Samer menambah penerbangan rasmi ke Aleppo akan dimulakan bulan depan jika segala persiapan selesai.

ADS

Royal Jordanian telah menyambung semula penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bulan lalu dan kini mengendalikan 11 penerbangan mingguan ke ibu negara Syria itu.

- Bernama/Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS