ADS
mk-logo
Berita
Kasari anak autistik: Polis selesai rakam keterangan pembantu pengurusan murid

Polis selesai merakam keterangan pembantu pengurusan murid yang disyaki mengasari seorang kanak-kanak autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada murid yang mempunyai masalah autisme kelewatan pertuturan itu mengamuk ketika hendak masuk ke kelas selepas diminta membuka kasut.

“Ibu bapa murid berkenaan juga telah membawa anak mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan namun didapati tiada sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata keterangan guru besar dan penolong kanan sekolah serta ibu bapa murid berkenaan juga telah dirakam bagi membantu siasatan.

Semalam, Shahrulnizam memaklumkan polis membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas video memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu dikesan dimuat naik di aplikasi TikTok, Sabtu lepas.

ADS

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS