ADS
mk-logo
Berita
Kesatuan wartawan harap Nantha dibicara dengan adil
Diterbitkan:  Mar 14, 2025 5:40 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) berharap perbicaraan kes rasuah terhadap wartawan Malaysiakini B Nantha Kumar dilakukan mengikut proses yang adil.

Kesatuan itu juga berharap petugas media 42 tahun itu diberikan semua hak yang sewajarnya dalam proses perundangan. 

“Justeru, kami akan terus mengikuti perkembangan kes ini selain kekal berdiri teguh dalam mempertahankan kebebasan media, hak dan kebajikan wartawan di Malaysia,” kata Setiausaha Agung NUJ Teh Athira Mohd Yusof. 

Nantha Kumar didakwa bawah Seksyen 16 Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM20,000 daripada seorang ejen Pakistan.

Dia didakwa menerima wang tersebut sebagai dorongan untuk memadam dan tidak memuat naik artikel di portal Malaysiakini mengenai sindiket pekerja asing.

ADS

Nantha, yang sebelum ini mendedahkan pelbagai sindiket pekerja asing mengaku tidak bersalah.

Malaysiakini turut mengadakan siasatan dalaman  dan sehingga keputusan dibuat oleh panel bebas, Nantha Kumar digantung tugas dengan faedah penuh.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, NUJ turut menegaskan tentang prinsip keadilan berkaitan hak seseorang untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

ADS

NUJM juga menyokong penuh pendirian NUJ cawangan Malaysiakini yang akan terus memberikan sokongan moral kepada Nantha dan memantau secara teliti perkembangan kes.  

Sementara itu NUJ cawangan Malaysiakini berkata mereka akan memantau dengan teliti perkembangan perbicaraan kes tersebut dan berharap wartawan terbabit mendapat perbicaraan yang adil serta diberikan semua hak yang diperuntukkan undang-undang untuk membela diri.

"Kami percaya proses di mahkamah akan dapat memberikan keadilan serta merupakan medan terbaik untuk membuktikan kebenaran," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS