ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setiakawan beregu negara sentuh hati orang ramai
Diterbitkan:  Mar 14, 2025 4:56 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Semangat kesukanan dan persahabatan utuh dua pemain beregu wanita negara terselerlah apabila M Thinaah menggendong pasangannya, Pearly Tan, yang bergelut dengan masalah kecederaan buku lali.

Aksi spontan Thinaah selepas tamat perlawanan pusingan kedua Seluruh England malam tadi itu tular di media sosial itu dan pantas mendapat perhatian ramai warga net khususnya peminat sukan badminton.

Pearly mengalami kecederaan buku lali ketika menentang pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Di sebalik masalah dan kekurangan itu, Pearly tetap meneruskan perlawanan dan menahan kesakitan untuk melakar emenangan bergaya 21-16, 21-14 dalam aksi dramatik di Arena Utilita Birmingham.

ADS

Thinaah dilaporkan menggendong Pearly ke bilik persalinan sebagai penghargaan buat pasangan beregunya itu yang terus berjuang sehingga mencapai mereka mencapai kemenangan walaupun mengalami kecederaan.

Pearly pada awalnya tersilap langkah dan terjatuh untuk seketika sebelum dilihat kesakitan dengan memegang kakinya di dalam gelanggang.

Dia kemudian dibantu Thinaah bagi mendapatkan rawatan sebelum perlawanan diteruskan sehingga mencipta kemenangan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS