Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO gesa Bung Moktar letak jawatan pengerusi Umno Sabah
Diterbitkan:  Nov 18, 2024 4:07 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Sebuah NGO hari ini menggesa Bung Moktar Radin untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Umno Sabah, selepas dia diperintah membela diri dalam kes rasuah bernilai RM2.8 juta hari ini.

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) berkata memandangkan PRN Sabah dijangka akan diadakan tahun depan, ahli Umno Sabah memerlukan pemimpin yang mempunyai lebih masa untuk mereka, bukan disibukkan dengan kes mahkamah.

"Secara peribadi G57 berharap untuk melihat Bung Moktar bebas sepenuhnya dalam masa sama menghormati keputusan oleh mahkamah rayuan itu.

"Umum mengetahui PRN Sabah akan diadakan pada tahun hadapan, justeru ahli Umno Sabah di peringkat akar umbi amat memerlukan kepimpinan yang mempunyai lebih masa bersama mereka," kata presidennya Andie Zulkarnain Baharuddin Mahdar dalam kenyataan hari ini.

Andie Zulkarnain berkata dia sebelum ini banyak terlibat dengan Umno dan tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyokong parti itu jika Bung Moktar meletakkan jawatannya.

G57 ketika membuat laporan polis ke atas Jontih Enggihon

Untuk rekod, G57 sebelum ini membuat laporan polis ke atas bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd Jontih Enggihon bagi mempertahankan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor yang didakwa menyalahgunakan kuasanya.

NGO itu juga membuat laporan polis ke atas pemberi maklumat yang mendedahkan lapan rakaman video yang didakwa memaparkan sejumlah Adun Sabah berbincang tentang rasuah.

Sejumlah pihak sebelum ini mendakwa Umno Sabah sebagai dalang di sebalik pendedahan itu namun ia disangkal Bung Moktar.

Pada masa sama, dia juga menggesa pihak berkuasa menyiasat pihak-pihak yang dikaitka dengan skandal itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS