Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM beku akaun persendirian, syarikat milik pengasas FashionValet
Diterbitkan:  Nov 6, 2024 9:34 PM
Dikemaskini: Nov 7, 2024 8:30 AM

SPRM telah membekukan beberapa akaun persendirian dan syarikat berjumlah RM1.1 juta milik suami isteri pengasas FashionValet Sdn Bhd menerusi Op Favish

Ini melibatkan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri itu.

Menurut sumber, SPRM juga telah menyerbu rumah pasangan terbabit - Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar - di Mont Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan tersebut hadir ke pejabat SPRM jam 1 petang untuk menyambung memberi keterangan sebelum dibawa ke kediaman mereka pada jam 5.30 petang.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut.

“Pengeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000," katanya.

SPRM juga telah merekodkan keterangan daripada beberapa individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah Nasional, PNB, Fashion Valet, akauntan, penilai syarikat dan introducer.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 28 Oktober menyatakan bahawa nilai saham Khazanah dan PNB dalam FashionValet telah merosot hampir RM44 juta apabila perniagaan tersebut dijual pada tahun 2023 berbanding jumlah yang dilaburkan pada tahun 2018.

Turut dinyatakan bahawa Khazanah telah melabur RM27 juta, manakala PNB melabur RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat jenama fesyen tempatan tersebut pada 2018. Pelaburan itu sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan perniagaan bumiputera dalam sektor e-dagang.

Vivy dan Fadzaruddin telah mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatan mereka daripada syarikat berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS