Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GISBH minta pihak tak berkenaan jangan keruhkan keadaan
Diterbitkan:  Oct 14, 2024 12:06 PM
Dikemaskini: 6:05 AM
1

Kumpulan Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) hari ini meminta agar tiada mana-mana pihak yang bertindak mencetuskan polemik dan memberikan imej tidak baik kepada mereka.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas ada pemimpin politik tampil mendakwa menjadi jurucakap kepada hampir 100 ibu bapa yang anak mereka ditahan pihak berkuasa baru-baru ini.

"Kami merayu semua NGO, persatuan, ahli politik, paa profesional dan individu yang tidak dilantik oleh GISBH supaya menghentikan sebarang polemik, perdebatan dan sebagainya yang boleh menimbulkan rasa tidak senang mana-mana pihak, termasuk pihak berkuasa," kata jurucakap kumpulan itu, Rosli Kamaruddin.

Rosli Kamaruddin

Menjelaskan isu berkenaan kepada media di Shah Alam hari ini, peguam terbabit juga meminta agar pihak berkuasa tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) - atau lebih dikenali sebagai Sosma - ke atas mana-mana suspek.

Mereka juga merayu agar kerajaan dan pihak berkuasa melibatkan mereka dalam sebarang urusan melibatkan pengurusan anak-anak ahli GISB yang kini ditahan.

"Kami akan mematuhi segala peratuan yang diarahkan," katanya.

Semalam sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK) menuntut kerajaan memulangkan anak-anak ahli GISBH yang dijawa Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, mendakwa menjadi jurucakap kepada kumpulan 96 orang ibu bapa yang ditahan pihak berkuasa dalam Op Global baru-baru ini.

Mendesak agar kerajaan memulangkan kanak-kanak terbabit, Tun Faisal juga mendakwa mereka sebenarnya bukan diselamatkan tetapi “dirampas” oleh pihak berkuasa.

[Laporan lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS