Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Teo pengerusi baru DAP Johor, Shu Qi dipilih jadi timbalan
Diterbitkan:  Oct 6, 2024 6:59 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dipilih sebagai pengerusi DAP Johor yang baru, manakala Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi sebagai timbalannya.

Adun Penggaram Gan Peck Cheng dan Sheikh Umar Bagharib Ali pula dipilih sebagai naib pengerusi.

Keputusan itu dibuat hari ini oleh 15 ahli jawatankuasa DAP Johor yang baru susulan pemilihan parti.

Pengerusi terdahulu, Liew Chin Tong juga menang dalam pemilihan dan menjadi ahli jawatankuasa negeri.

Menjadi pengerusi sejak 2014, Liew sebelum ini mengumumkan dia akan melepaskan jawatan itu dan akan menyokong Teo untuk menggantikannya.

Walaupun mengundurkan dirinya, Liew yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri kekal berpengaruh, dengan individu yang dilihat sebagai penyokongnya menang besar dalam pemilihan hari ini.

Liew Chin Tong dan Teo Nie Ching

Pegawai Liew, Ng Siam Luang meraih undi paling tinggi, disusuli Adun Stulang Andrew Chen.

Teo pula mendapat tempat ketiga, manakala Liew di tempat keenam dan Wong di tempat kelapan.

Turut menang untuk menganggotai jawatankuasa negeri adalah barisan Adun Liow Cai Tung (Johor Jaya), Wong Bor Yang (Senai), Ng Kor Sim (Jementah), Chew Chong Sin (Mengkibol), Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong serta Alan Tee dan Yong Hui Yi.

Tan Hong Pin

Pesaing Liew, iaitu Ahli Parlimen Bakri Tan Hong Pin dan bekas pengerusi DAP Johor Dr Boon Cheng Hau tewas dalam pemilihan kali ini.

Beberapa pemimpin yang tewas namun dilantik menganggotai jawatankuasa negeri adalah Adun Skudai Marina Ibrahim, Adun Bentayan Ng Yak Howe - yang merupakan penyokong Tan dan Boo - serta calon PRU15 untuk kerusi Parlimen Pontian, Shazwan Zdainal Abidin serta Dr Ruban Arumugam.




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS