Tajuk artikel ini dikemas kini susulan kesilapan yang tidak disengajakan. - Editor
Antara lima perdana menteri terakhir, lantikan politik paling banyak berlaku di era Najib Razak dengan 301 lantikan.
Ia diikuti oleh Ismail Sabri (273), Muhyiddin Yassin (186), Anwar (95) dan Mahathir Mohamad (86).
Data itu didedahkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) hasil pemantaunnya melalui projek Pantau Kuasa.
"Oleh itu, jumlah lantikan politik yang tinggi amat membimbangkan, sama ada ia digunakan sebagai jalan untuk sokongan politik semasa pentadbiran mereka," kata pegawai Ideas Doris Liew.
Dia berkata demikian semasa pelancaran Pantau Kuasa pagi tadi.
Tempoh pentadbiran Ismail, Muhyiddin dan Mahathir bagaimanapun amat pendek tidak sampai setahun.
Pantau Kuasa mentantau lantikan politik di badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 2013.
Mereka mengelaskan sesuatu itu sebagai lantikan politik apabila melibatkan pemegang anggota parlimen, anggota dewan undangan (Adun), pemimpin parti serta calon yang kalah pilihan raya.