Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya tetap Umno walaupun masuk Muafakat Nasional - Nazri

Bekas pemimpin pusat Umno Nazri Aziz menjarakkan dirinya daripada pendirian pengerusi Muafakat Nasional (MN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Malaysiakini, Nazri berkata dia tetap anggota Umno walaupun sudah lama menyokong MN--NGO yang dipimpin Annuar selepas dipecat daripada parti itu pada 2022.

“Muafakat Nasional adalah NGO. Saya faham apa yang Annuar Musa buat.

“Annuar Musa anggota PAS. Dia boleh buat hal dia, saya buat hal saya. Muafakat Nasional tidak terlibat dalam politik,” kata NAzri yang juga duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Annuar, bekas pemimpin kanan Umno dan anggota parlimen Ketereh lebih tiga dekad, kini dilantik sebagai anggota jawatankuasa pusat PAS, juga memimpin jentera parti dalam kempen pilihan raya kecil Nenggiri, Kelantan.

Kerjasama PAS dan Umno pada 2019 turut mengguna pakai nama sama Muafakat Nasional.

“Muafakat Nasional sudah diterima oleh kedua-dua pihak, anggota Umno dan PAS.

“ Orang kata Muafakat Nasional hanya fokus pada perpaduan Melayu, tetapi ia tidak menekan orang bukan Melayu,” kata Nazri.

Status Nazri itu kembali menjadi perbincangan selepas Annuar malam tadi memuat naik gambar mereka di Facebook yang menyatakan terima kasih kepada sokongan Nazri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS