ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda PH anggap PN pembangkang terburuk dalam sejarah
Diterbitkan:  Mar 14, 2025 12:42 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Angkatan Muda Harapan (AMH) hari ini menyelar menyelar sikap dilabel mereka sebagai hipokrit melibatkan pemimpin utama PN dalam isu peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Ketuanya, Woo Kah Leong, sebenarnya PN memang tidak pernah berniat untuk membincangkan soal peruntukan sejak pilihan raya umum (PRU) lalu.

Beberapa hari lepas, katanya, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, mengatakan bahawa ada asas untuk mereka menolak memorandum persefahaman ditawarkan kerajaan.

Namun tambah Woo Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan sebaliknya memberikan kenyataan berbeza apabila memberitahu pembangkang akan menghantar surat rundingan pada minggu ini.

“Sejak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berunding seawal 2023, apakah tindakan konkrit yang diambil oleh PN tu untuk melaksanakannya?

ADS

“Adakah PN hanya sibuk berbising-bising di dalam Dewan Rakyat sedangkan pada masa sama tidak pernah pun menghantar surat balas untuk mengadakan rundingan peruntukan biarpun dipesan berkali-kali oleh perdana menteri?

“Maka dengan itu boleh dikatakan PN adalah pembangkang yang paling tidak bertanggungjawab dan teruk dalam sejarah negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia merupakan kenyataan pertama sebagai Woo sebagai AMH yang baru.

ADS

Woo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa PN ada sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan kepada pembangkang.

Muhyiddin mendakwa syarat yang ditetapkan dalam MOU berkenaan adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.

Pada 22 Feb lalu Anwar turut mengulangi saranannya kepada pembangkang supaya berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berhubung peruntukan tersebut.

Anwar berkata perbincangan sedemikian bukanlah benda baru malah PH sendiri pernah berbincang dan menandatangani MOU dengan Ismail Sabri Yaakob semasa ahli parlimen Bera itu menjadi perdana menteri.

Mengulas lanjut, Woo berkata PN perlu mengambil langkah proaktif seperti PH semasa menjadi pembangkang dulu..

“Kejayaan PH mendapatkan peruntukan kawasan dan menyokong usaha meluluskan rang undang-undang akta antilompat parti menunjukkan bahawa pembangkang sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang di samping berganding bahu mengusahakan langkah reformasi institusi.

“Pembangkang sekarang bukan saja tidak proaktif untuk berunding, malah tidak menyokong langsung usaha reformasi institusi seperti Akta Perkhidmatan Parlimen,” katanya.

Dia turut menggesa PN untuk menghentikan segala niat untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang lantaran dipercayai bahawa syarat utama MOU ialah tentang kestabilan serta kelangsungan kerajaan.

“Belajar untuk menghormati mandat rakyat, bantu rendahkan suhu politik dan kekalkan kestabilan politik.

“Semua ini bukannya susah untuk dilaksanakan lantaran setiap pembangkang harus menyelia dasar kerajaan pada setiap masa, bukannya memainkan isu perkauman dan keagamaan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS