Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada cuti gantian automatik pada 17 September
Diterbitkan:  Aug 2, 2024 6:44 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja 17 Sept depan walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia yang masing-masing pada 16 Sept.

Menurut pengumuman di laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

“Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu,” menurut pengumuman itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS