ADS
mk-logo
Berita
'Tak ada otak' - NPC bidas cadangan perluas kawalan AMCP 1984

Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Ahirudin Attan menggesa kerajaan supaya bergerak ke arah pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan bukannya memperluaskan kawalan undang-undang itu.

Ini selepas cadangan kontroversi pihak berkepentingan yang menjadi wakil kerajaan dalam perundingan dengan pemain industri media pada April yang mahu AMCP dipinda untuk memperluaskan kawalan sedia ada dengan memasukkan kandungan media digital.

“Apa yang kita mahu ialah memansuhkan PPPA bukan mengembangkannya.

“Mungkin mereka (kerajaan) tidak faham perkara itu,” katanya kepada media selepas program Jom Jalan bersama NPC 2024 di Padang Merbok hari ini.

Ahirudin membidas cadangan menteri berkenaan sebagai "tidak berotak" dan memberi amaran ia akan ditolak oleh wartawan.

ADS

“Jika (peluasan) itu benar, ucapkan selamat tinggal kepada sokongan wartawan. Kerana tiada wartawan akan menyokong idea itu,” tambahnya.

Cadangan pihak kerajaan ini dibuat walaupun sebulan sebelum rundingan itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata kerajaan tidak akan meminda AMCP 1984.

Saifuddin pada 1 Mac menolak kebimbangan yang dibangkitkan oleh editor kanan tersebut sebagai khabar angin semata-mata.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS