Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Berita palsu’ - timb menteri nafi dituntut tunggakan cukai RM200k

Timbalan Menteri Perpaduan Senator K Saraswathy menafikan dakwaan dia mempunyai tunggakan cukai berjumlah hampir RM200,000.

"Itu berita palsu, saya akan saman mereka (yang mengedarkan dokumen itu)," kata naib presiden PKR itu kepada Malaysiakini petang tadi.

Saraswathy juga berkata dia akan membuat laporan polis terhadap portal Tamil Makkal Osai kerana menyebarkan "maklumat palsu" esok.

"Ini adalah kali kedua portal berita itu menyebarkan berita palsu tentang saya. Jadi saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang," tambahnya.

Portal itu mendakwa telah melihat dokumen, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberikan Saraswathy permit sementara untuk perjalanan ke luar negara.

Malaysiakini juga telah melihat dokumen yang sama, yang mendakwa timbalan menteri itu mempunyai

pembayaran cukai tertunggak selama 10 tahun dari 2010 hingga 2020.

Turut disertakan sepucuk surat yang didakwa diutus kepada Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain dan Ketua Pengarah LHDN Abu Tariq Jamaluddin menyatakan permit sementara itu bertujuan membenarkannya ke luar negara bagi tujuan perubatan.

Semakan di laman web Jabatan Imigresen menggunakan nombor Mykad yang tertera dalam dokumen menghasilkan jawapan berikut: "Sila rujuk pejabat imigresen terdekat".

Saraswathy telah mengesahkan nombor Mykad dalam dokumen iyu adalah sama dengan nombor Mykad miliknya.

Malaysiakini telah menghubungi LHDN untuk mendapatkan maklum balas lanjut mengenai perkara itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS