Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Minneapolis bandar pertama Amerika Syarikat benar azan lima waktu
Diterbitkan:  Apr 15, 2023 1:19 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

GLOBAL | Tahun lepas, Minneapolis mengehadkan masa dan tahap bunyi azan boleh dilaungkan.

Minneapolis menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara, lapor Agensi Anadolu.

Majlis Bandaraya Minneapolis mengundi sebulat suara 12-0 untuk membenarkan azan dilaungkan dari masjid walaupun terdapat peraturan semasa mengenai bunyi.

Bahagian kumpulan advokasi Muslim Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota berkata: "keputusan itu merupakan kemenangan bersejarah bagi kebebasan beragama dan pluralisme."

"Kami berterima kasih kepada ahli Majlis Bandaraya Minneapolis kerana menunjukkan contoh hebat dan kami menggesa bandar lain untuk turut sama mengikutinya," kata pengarah negeri CAIR, Jaylani Hussein, dalam satu kenyataan.

CAIR menggesa majlis untuk meluluskan langkah itu.

Tahun lepas, Minneapolis mengehadkan masa dan tahap bunyi azan boleh dilaungkan, menurut CBS News.

Azan kini dibenarkan dari 3.30 pagi hingga 11 malam.

Datuk Bandar Jacob Frey dijangka menandatangani keputusan itu bagi menjadikannya sebagai undang-undang dalam tempoh seminggu, menurut akhbar Minneapolis Star-Tribune.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS