mk-logo
Berita
K'jaan kaji bagi subsidi tiket penerbangan siswa universiti

Kerajaan akan meneliti cadangan menyediakan subsidi harga tiket penerbangan kepada siswa universiti.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengenai harga subsidi tiket berkenaan.

“Menteri pengangkutan baru-baru ini berkata bahawa akan ada penerbangan tambahan, tetapi itu di luar skop kerajaan. Melainkan jika kita memberi subsidi tiket kepada mahasiswa, itu akan masuk akal.

“Mungkin kita akan berunding dengan syarikat penerbangan.

“Saya akan berbincang dengan menteri pengangkutan. Bermakna saya terima perkara ini sebagai isu,” katanya pada majlis dialog bersama siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam hari ini.

Anwar mengulas keluhan seorang pelajar yang menyuarakan bahawa kebanyakan mereka, terutamanya yang berasal dari Sabah dan Sarawak dibebani dengan harga tiket apabila pulang dari pusat pengajian mereka.

Anwar bersetuju bahawa ini adalah isu lazim yang dihadapi dalam kalangan mahasiswa.

Pada 14 Mac lalu, Loke menggesa syarikat penerbangan untuk meningkatkan kapasiti, dalam usaha untuk mengelakkan tiket penerbangan daripada meningkat. Ini berlaku selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menetapkan harga siling bagi syarikat penerbangan.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS