Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes SRC: Semakan kehakiman Najib hanya akan didengar sehari

Mahkamah Persekutuan hanya akan mendengar permohonan semakan bekas perdana menteri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta selama sehari, iaitu pada 19 Januari ini.

Dua hari lagi yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu pada 20 dan 26 Januari, telah dibatalkan.

Ketika dihubungi hari ini, timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul mengesahkan Mahkamah Persekutuan telah meminda jadual pendengaran semakan itu.

Manurut salinan emel yang dihantar pihak mahkamah kepada pasukan peguam dan pendakwaan, penjadualan semula dibuat kerana seorang ahli panel Mahkamah Persekutuan perlu mendengar satu kes lain yang bertembung dengan dua tarikh itu.

Ketika dihubungi hari ini, peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee menjelaskan isunya bukanlah pindaan jadual tetapi pembatalan dua tarikh pendengaran tersebut yang setakat ini belum diganti dengan tarikh baru.

Najib antara lain memohon panel hakim berbeza daripada yang dipengerusikan Ketua Hakim Negera Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetepikan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman ke atasnya bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC.

Menurut salinan notis usul semakan itu, Najib juga memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak tiga permohonan interlokurinya,

Pertama adalah permohonan agar hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak mendengar kes SRC International dan oleh itu membatalkan keseluruhan perbicaraan.

Kedua adalah permohonan untuk menangguhkan pendengaran Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan pasukan peguamnya membuat persediaan dan permohonan ketiga adalah agar Tengku Maimun tidak mendengar permohonan itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS