Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengenal pasti 52 kawasan titik panas dan 307 kawasan berisiko dilanda banjir di Selangor pada masa akan datang.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kawasan titik panas banjir adalah kawasan yang telah dilanda banjir lebih tiga kali sejak 2019.
Kawasan berisiko pula adalah kawasan yang telah banjir sebelum ini. Klang menjadi daerah dengan titik panas dan kawasan berisiko paling banyak, masing-masing dengan 14 dan 65 kawasan.
Peringatan itu dikeluarkan menjelang musim tengkujuh pada akhir tahun ini. Pada tahun lalu, sejumlah kawasan di Selangor dilanda banjir antara yang terburuk yang meragut 25 nyawa.