Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Saya akan lawan KJ di mahkamah’
Diterbitkan:  Feb 7, 2022 12:43 PM
Dikemaskini: Feb 8, 2022 1:39 PM

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam berkata dia bersedia berdepan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyamannya di mahkamah.

Lokman berkata demikian setelah menerima dokumen-dokumen berkaitan saman fitnah yang dibuat Khairy pada 25 Januari lalu.

“Saya dah terima (dokumen saman) dua hari lepas dan saya akan lawan," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Khairy turut menyaman penceramah kontroversi Mohd Rasyiq Mohd atau lebih dikenali sebagai Abu Syafiq.

Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, Mohd Rasyiq berkata dia akan mengemukakan saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Khairy.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS