Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
48 maut akibat banjir setakat ini, lima masih hilang

Seramai 48 orang menjadi mangsa terkorban akibat banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal mencatatkan 25 mangsa yang terkorban manakala di Pahang seramai 20. Baki tiga lagi korban meninggal dunia di Kelantan.

“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita manakala di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS