Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mak Jamaluddin Jarjis saman anak Jamaluddin Jarjis lagi
Diterbitkan:  Jun 1, 2021 6:41 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Ibu allahyarham Jamaluddin Jarjis memfailkan satu lagi saman terhadap dua cucunya atas dakwaan penipuan dalam pengurusan aset bekas menteri itu.

Plaintif Aminah Abdullah, 87, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu melalui Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik, Solicitors.

Menurut Theedgemarkets, saman itu menamakan Nur Anis dan Ikhwan Hafiz sebagai defendan pertama dan kedua.

Plaintif turut menamakan firma guaman Messrs Wong Lu Peen & Tunku Alina dan peguam Liza Chan Sow Keng daripada Liza Chan & Co dan Pesuruhjaya Sumpah Tengku Fariddudin Tengku Sulaiman sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Berdasarkan writ saman, defendan antaranya didakwa terlibat dalam penipuan, salah laku dan melanggar undang-undang untuk mengambil hak plaintif sebagai benefisiari dalam pengurusan harta pusaka yang betul dan adil.

Aminah mahu menggugurkan Nur Anis dan Ikhwan Hafiz sebagai pentadbir kepada hartanah ditinggalkan allahyarham.

Jamaluddin, bekas anggota parlimen Rompin, pernah menjadi menteri kewangan kedua, menteri sains, teknologi dan inovasi serta duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Ahli politik yang rapat dengan bekas perdana menteri Najib Razak itu terbunuh dalam nahas helikopter pada 2015 bersama pegawai Najib, Azlin Alias.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS