Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mufti Perak Harussani positif Covid-19
Diterbitkan:  May 19, 2021 10:48 PM
Dikemaskini: 3:02 PM

Mufti Perak Dr Harussani Zakaria dan empat kakitangan jabatannya disahkan positif Covid-19.

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim berkata Harussani kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

"Ketika ini, Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Marilah kita semua mendoakan kesembuhan beliau," katanya, lapor Sinar Harian.

Mengulas keadaan Harissani, Zamri juga berkata, sebarang makluman lanjut perlu dirujuk kepada keluarga mufti Perak itu.

"Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB, sama ada beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya," jelasnya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS