Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korban kudeta: 701 penunjuk perasaan terbunuh di Myanmar
Diterbitkan:  Apr 11, 2021 1:40 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

GLOBAL | Korban nyawa di Myanmar terus meningkat kepada 701 orang sejak tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera meletus, lapor Agensi Anadolu.

Laporan harian Badan Amal untuk Tahanan Politik berkata terdapat lagi korban terbaru membabitkan orang awam apabila pasukan keselamatan bertindak campur tangan.

Dalam kemas kini terbaru itu turut mendedahkan seramai 3,012 orang ditahan.

Sebanyak 656 waran tangkap dikeluarkan untuk penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa.

Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh di Bago pada Jumaat apabila tentera campur tangan.

Tentera Myanmar melancarkan kudeta 1 Februari lalu, mendakwa berlaku penipuan semasa pilihan raya 8 November 2020 sekali gus menyebabkan negara ini dicengkam ketegangan politik.

Tentera menahan beberapa pegawai dan pemimpin parti pemerintah, termasuk Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi selain mengisytiharkan darurat selama setahun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS