mk-logo
Berita
PKPB di Mukim 12, daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Diterbitkan:  Nov 4, 2020 5:34 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim 12, daerah Barat

Daya, Pulau Pinang berkuatkuasa mulai 6 November 2020 sehingga 19 November 2020, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

"Sehingga 3 November 2020, sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu telah direkodkan di mukim ini.

"Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira peningkatan kes Covid-19 di mukim ini, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB," katanya pada taklimat harian Covid-19 hari ini.

Mukim 12, daerah Barat Daya Pulau Pinang meliputi kawasan lapangan terbang Bayan Lepas, pusat beli-belah Queensbay Mall, Jambatan Kedua Pulau Pinang, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan perumahan di Batu Maung.

Sementara itu, Ismail juga menjelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Taman Harmoni, Sandakan bermula 23 Oktober 2020 akan berakhir esok.

Bagaimanapun, katanya PPR Taman Harmoni ini masih tertakluk di bawah SOP PKPB bagi seluruh negeri Sabah.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS