Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 11.50pm | Lokasi terkini kes Covid-19 (4 Nov)

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

  • Pusat beli-belah 1Utama Shoppping Mall, Petaling Jaya, Selangor

Kedai kek dan roti Komugi mengumumkan di Facebook hari ini seorang kakitangannya diuji positif Covid-19. Katanya, pekerja itu segera dicutikan setelah menunjukkan gejala pada 2 November dan memberi jaminan ia adalah kes terpencil.

Kedai itu ditutup untuk pembasmian kuman dan semua makanan serta bungkusan yang terdedah telah dibuang. Pasukan baru akan dikerahkan ke kedai itu setelah mereka diuji negatif Covid-19.

  • Menara Great Eastern, Kuala Lumpur

Syarikat insurans Great Eastern semalam berkata seorang pekerja yang berpengkalan di pejabat Menara Great Eastern telah diuji positif Covid-19. Pekerja yang terjejas itu kini di kuarantin di rumah sejak 20 Oktober dan disahkan menghidap Covid-19 pada 2 November.

Ini kali ketiga pekerja Great Eastern di pejabat yang sama diuji positif penyakit ini. Sebelum ini, katanya bahawa pekerjanya diuji positif Covid-19 pada 18 Oktober dan 22 Oktober lalu.

  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pasar Sentral Labuan

Jabatan Kesihatan Labuan mengarahkan agar UTC berkenaan ditutup bermula hari ini hingga Jumaat setelah lebih 10 peniaga didapati positif Covid-19, lapor Bernama.

Pengarah jabatan itu, Dr Ismuni Bohari dilapor berkata kes-kes tersebut dikesan setelah lebih 400 peniaga di pasar basah / kering dan kios menjalani ujian saringan Ahad lepas.


SEKOLAH

  • Maahad Al Yahyawiah, Padang Rengas, Perak

Jabatan Pendidikan Perak dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat kes positif Covid-19 dikesan di sekolah tersebut.

Berikutan itu, sekolah agama itu akan ditutup selama tujuh hari dari 5 Nov hingga 11 Nov bagi proses disinfeksi dan kerja-kerja pembersihan. 


KEDIAMAN

  • Diamond Regency Condominium, Setapak Kuala Lumpur

Pengurusan kondominium ini mengeluarkan notis pada 3 Nov yang memaklumkan bahawa pemilik unit di tingkat 13 diuji positif Covid-19.

Ketika dihubungi, jurucakap bagi pihak pengurusan kondo itu berkata lelaki berkenaan menerima keputusan ujian saringan pada 2 Nov, sebelum dijemput oleh ambulans sekitar jam 8 malam.

Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan di kawasan kondominium berkenaan, termasuk lif, lobi dan pejabat pengurusan.

Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kondominium itu selama 14 hari. 

Bagaimanapun, perniagaan runcit di bawah kondominium tersebut masih dibuka kepada penghuni kediaman berkenaan.

  • The Mansions Desa Parkcity, Kuala Lumpur

Pejabat pengurusan kediaman ini mengeluarkan notis pada 31 Okt yang memaklumkan seorang penduduk diuji positif Covid-19.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini petang ini, pihak pengurusan mengatakan kerja pembersihan telah dilakukan di kawasan tersebut.

Mereka mengehadkan pengunjung hanya dua orang bagi setiap unit sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.





Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS