Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.35 MALAM | Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (28 Okt)
Diterbitkan:  Oct 28, 2020 9:08 AM
Dikemaskini: 2:37 PM

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt

Berikut adalah lokasi yang telah disahkan yang dilaporkan terjejas hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari terakhir, sila lawati laman khas Kini News Lab.


KEDIAMAN

  • Residensi Laguna Biru 2, Rawang, Selangor

Pengurusan pangsapuri memaklumkan kes Covid-19 telah dikesan di Blok C.

Dalam pemberitahuan kepada penduduk hari ini, pihak pengurusan berkata sedang menunggu arahan daripada Kementerian Kesihatan mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil, tetapi memberi jaminan bahawa lifnya dibersihkan dua kali sehari sebagai langkah berjaga-jaga.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SK Kerteh 1, SMK Ketengah Jaya, dan SMK Teja Putra, Dungun, Terengganu

Bernama memetik exco kesihatan Terengganu Alias Razak berkata tiga sekolah itu ditutup untuk kerja-kerja basmi kuman selepas pelajarnya diuji positif Covid-19.

SK Kerteh 1 dan SMK Ketengah Jaya akan ditutup selaa tujuh hari bermula hari ini, manakala SMK Teja Putra ditutup selama 14 hari.

  • SMK Datuk Undang Haji Adnan, Rembau, Negeri Sembilan

Empat lagi pelajar disahkan positif semalam. Kes pertama dilaporkan pada 22 Oktober. Sekolah ditutup bermula 23 hingga 29 Oktober.

Kemungkinan besar kes ini di bawah kluster Hampar, yang diumumkan pada Isnin lalu dan melibatkan pelajar sekolah di Rembau.

  • SK Haji Hasan, Tapah, Perak

Sekolah itu diarahkan tutup sehingga 3 Nov setelah kes Covid-19 dikesan, lapor Sinar Harian.

Ibu bapa diminta mengawasi anak-anak mereka untuk mengetahui gejala jangkitan seperti demam, batuk dan selsema.

Ini adalah sekolah ke-16 di Perak yang ditutup sejak permulaan gelombang ketiga Covid-19 pada 20 September.


PEJABAT

  • Plaza Sentral, Kuala Lumpur

Pengurusan bangunan mengesahkan seorang individu dari unit pejabat di Blok 4 telah dikenal pasti positif Covid-19 pada 25 Oktober.

Kerja nyahkuman telah dibuat di blok tersebut.


PREMIS KERAJAAN

  • Pejabat Air Selangor Kuala Langat, Selangor

Air Selangor Cawangan Kuala Langat akan ditutup buat sementara waktu setelah seorang pekerja yang bekerja di kaunter positif Covid-19 semalam.

Pekerja itu menjalani kuarantin sejak 22 Oktober.

Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.


PERNIAGAAN

  • McDonalds Damansara Damai

Seorang kakitangan disahkan positif pada 19 Oktober dan segera dikuarantin dan dirawat.

Semua kakitangan lain di restoran dikuarantin.

Restoran ini ditutup sementara untuk pembersihan dan dibuka semula pada 21 Oktober dengan pasukan baru.

[Senarai lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS