Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMASKINI 11.30PM | Lokasi terkini kes Covid-19 (23 Okt)
Diterbitkan:  Oct 23, 2020 12:16 PM
Dikemaskini: 3:32 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan terbaru.

Jika anda mengetahui mana-mana lokasi lain yang diumumkan hari ini, tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari terakhir, sila lawati laman khas Kini News Lab.


PERNIAGAAN

  • Tesco Mutiara Damansara

Tesco memaklumkan tujuh pekerjanya positif Covid-19 setelah mempunyai kontak rapat dengan seorang pekerja yang juga positif pada 14 Okt lalu.

Semua pekerja yang dijangkiti kali terakhir berada di premis itu pada 14 Oktober. Maklumat imbasan kod QR MySejahtera di outlet berkenaan pada waktu itu telah  diserahkan kepada kementerian untuk pengesanan kontak.

Tesco Mutiara Damansara menangguhkan semua penghantaran untuk pembelian dalam talian dan akan menutup operasinya untuk mengesan kontak pada 24 Okt dan pada 25 Okt untuk melakukan kerja-kerja dinsinfeksi.

  • RHB Bank, Menara Capital Square, Kuala Lumpur

RHB Bank Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan seorang kakitangan di tingkat 13 bangunan tersebut positif Covid-19. 

Dikatakan pejabat berkenaan akan ditutup esok untuk kerja-kerja sanitasi manakala mereka yang mempunyai kontak dengan kakitangan tersebut dikuarantin di rumah.

  • Pasar Sea Park, Petaling Jaya, Selangor

Pasar ini ditutup setelah seorang peniaga diuji positif, kata Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

"Semua peniaga dan pembeli, terutama mereka yang telah mengunjungi pasar ini dalam 14 hari lalu diminta untuk tetap tenang dan melakukan kuarantin kendiri sehingga mereka menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan untuk mengesan kontak," katanya.


  • Baker's Cottage, Desa Pandan

Pihak pengurusan Baker's Cottage melalui laman Facebooknya memaklumkan bahawa seorang pekerjanya di cawangan Desa Pandan positif Covid-19 setelah menjalani ujian semalam.

Kali terakhir pekerja berkenaan berada di cawangan restoran itu adalah pada 17 Okt lalu.

Walau bagaimanapun, kedai itu ditutup semalam bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan.

  • Pasar Batu Maung, George Town

Menurut The Star, pasar Batu Maung di George Town ditutup sejak semalam selepas seorang pengunjung disahkan positif.

Pasar itu ditutup selama dua minggu dan 18 peniaga akan menjalani ujian Covid-19, menurut laporan itu.

  • RHB Bank, Menara Capital Square, Kuala Lumpur

Pihak bank dalam kenyataan memaklumkan seorang pekerja di tingkat 13 menara itu disahkan positif.

Menurutnya, pejabat akan ditutup esok untuk kerja nyahkuman, sementara mereka yang menjadi kontak rapat dengan individu tersebut akan menjalani kuarantin di rumah.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SK Taman Melati, Titiwangsa, Kuala Lumpur

Dua pelajar disahkan positif pada 20 Oktober. Keluarga mereka dibawa hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan. Difahamkan guru dan murid yang enjadi kontak rapat telah menjalani ujian pada 21 Oktober.

Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew mengesahkan kes itu ketika dihubungi Malaysiakini.


KEDIAMAN

  • Taman Perumahan Samudera, Sandakan, Sabah

Menteri Sabah, Masidi Manjun memaklumkan kluster Samudera dikesan di kawasan perumahan ini.

Kes indeks dikesan melalui saringan bergejala.

Tujuh kontak rapat kes indeks diuji positif, termasuk dua hari ini.

  • Pangsapuri Desa Mutiara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya

Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa seorang penduduk pangsapuri Desa Mutiara dibawa ke hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif semalam.

Wong berkata, kawasan awam blok pangsapuri akan disanitasi hari ini.

  • Selesa I-Resort Apartment, Kajang

China Press melaporkan seorang penduduk Blok A dikenal pasti positif Covid-19. Pihak pengurusan menerusi notis kepada penduduk berkata, perkara itu disahkan pada 21 Oktober. Individu itu telah dibawa ke hospital Sungai Buloh.

  • Spring Avenue Residence, Kuchai Lama, Kuala Lumpur

Notis pengurusan kepada penduduk hari ini memaklumkan seorang penduduk telah disahkan positif.

Ia juga mengatakan pengawal keselamatan telah diarahkan untuk melarang pelawat yang memakai gelang kuarantin daripada memasuki bangunan.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS