Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMASKINI 11.50PM | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (17 Okt)
Diterbitkan:  Oct 17, 2020 11:32 AM
Dikemaskini: 3:54 PM

Senarai terdahulu: 8 Okt, 9 Okt, 10 Okt, 11 Okt, 12 Okt, 13 Okt, 14 Okt15 Okt dan 16 Okt.

Berikut adalah kawasan yang dilaporkan terjejas oleh Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dengan pengumuman terbaru dari semasa ke semasa.

Jika anda mengetahui ada sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel [email protected].

Untuk lokasi yang terjejas, lawati laman penjejak yang dibangunkan Kini News Lab ini.


PERNIAGAAN

  • Bank Simpanan Nasional, Kota Kinabalu

Pihak bank mengesahkan dua pekerja di cawangan utama di Kota Kinabalu didapati positif Covid-19.

Cawangan itu akan ditutup pada 19 hingga 25 Oktober. Pengesanan kontak sedang dibuat dan semua pekerja akan menjalani ujian swab.

  • Foot Solutions, The Curve Shopping Mall, Mutiara Damansara

Seorang pekerja Foot Solutions memaklumkan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan pada 16 Oktober bahawa dia positif Covid-19.

Semua kakitangan kedai yang lain telah diuji dan disahkan negatif Covid-19. Mereka kini dikuarantin selama 14 hari.

Seluruh pusat beli-belah itu menjalani kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dalaman semalam dan beroperasi semula seperti biasa hari ini (17 Okt).

  • All IT Hypermarket, Sogo, Kuala Lumpur & Digital Mall, PJ

Seorang pekerja di All IT Hypermarket di tingkat tujuh pusat beli-belah Sogo diuji positif Covid-19 pada 16 Oktober.

Pekerja tersebut tidak dilaporkan bekerja sejak 12 Oktober.

Pusat beli-belah itu akan menutup tingkat ketujuh hari ini (17 Okt) untuk pembersihan dan akan membuka semula tingkat itu pada hari Ahad (18 Okt) kecuali All IT Hypermarket yang akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Seorang pekerja All IT Hypermarket di cawangan mereka di Digital Mall, Petaling Jaya juga positif.

Kedua-dua pekerja yang dijangkiti adalah adik beradik.

Cawangan Petaling Jaya juga akan ditutup buat sementara waktu dengan kakitangannya kini sedang menjalani kuarantin 14 hari di rumah.

Jaya Grocer, Mutiara Tropicana, Selangor

Seorang pekerja Jaya Grocer yang tinggal di asrama Tropicana Golf Club positif Covid-19.

Pekerja itu tidak bekerja di premis Mutiara Tropicana sejak 6 Oktober.

Bagaimanapun, pihak pengurusan akan menutup premis itu sementara menunggu keputusan ujian untuk semua kakitangan.

  • Berry's bakery, Bandar Puchong Utama

Pihak pengurusan dimaklumkan pada 16 Okt bahawa pekerja sambilan di Berry's Bakery cawangan Bandar Puchong Utama positif Covid-19. Pekerja itu tidak dilaporkan bekerja sejak 11 Okt.

Cawangan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

  • Pasar raya Bataras, pasar raya Emporium, pasar raya Utama Jaya - Labuan, Sabah

Ketiga-tiga pasar raya di Labuan ini diarahkan tutup setelah pelanggan yang diuji positif Covid-19 mengunjungi premis itu baru-baru ini, lapor Bernama.

Premis itu akan ditutup selama tiga hari untuk kerja pembersihan.

Kakitangan yang terdedah telah diperintahkan untuk menjalani ujian dan kuarantin kendiri.

KEDIAMAN

  •  Lake Point Residence, Cyberjaya

Pihak pengurusan memaklumkan kepada penghuninya pada 16 Oktober bahawa terdapat dua kes positif yang dikenal pasti pada fasa 1 kawasan kediaman berkenaan, dengan kedua-dua kes itu berasal dari rumah yang sama. Anggota isi rumah yang lain kini menjalani kuarantin di rumah.

Pihak pengurusan berkata pihaknya telah mengatur kerja-kerja sanitasi sepenuhnya di premis dan fasiliti berkenaan yang akan dilakukan secepat mungkin.

PEJABAT

  • Wisma Mont Kiara, Kuala Lumpur

Seorang pekerja kepada penyewa di Wisma Mont Kiara disahkan positif semalam. Kali terakhir dia berada di premis itu adalah 9 Oktober.

Pengurusan Wisma Mont Kiara berkata, ia telah berbincang dengan KKM yang memaklumkan tiada keperluan untuk menutup seluruh bangunan, sebaliknya aras yang terlibat sahaja.

Maka perniagaan dan operasi di wisma itu berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun kerja-kerja pembersihan di premis akan tetap dibuat, kata pengurusan lagi.

  • Megan Avenue II, Kuala Lumpur

Salah seorang penyewa di Blok C telah memberitahu pihak pengurusan pada 15 Oktober bahawa salah seorang pekerja mereka telah positif Covid-19.

Unit pejabat dibersihkan pada 15 Oktober sementara kawasan umum dibersihkan pada 16 Oktober.

Klinik Kesuburan KL, Damansara City Mall

Pihak pengurusan pusat beli-belah ini mengesahkan semalam bahawa suami pesakit di KL Fertility Center, yang menemaninya ke outlet berkenaan, diuji positif Covid-19.

Pesakit dan suaminya mengunjungi outlet berkenaan pada 5, 9, 13 dan 15 Okt dan semua lawatan mereka dilakukan sebelum jam 8.30 pagi.

Seluruh pusat beli-belah ditutup untuk kerja-kerja nyahkuman dan beroperasi semula seperti biasa hari ini.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS