Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senarai lokasi terjejas Covid-19 (11 Okt)
Diterbitkan:  Oct 11, 2020 11:54 AM
Dikemaskini: 3:17 PM

Berikut adalah lokasi dilaporkan terjejas Covid-19 hari ini dan telah disahkan.

Bagaimanapun, senarai ini tidak termasuk lokasi yang ditutup sementara menunggu keputusan ujian individu dalam siasatan.

Lokasi-lokasi ini juga telah disanitasi.

Malaysiakini akan mengemas kini senarai ini sekiranya ada lokasi baru diumumkan.

Sekiranya anda mengetahui lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 30 hari sebelum ini, sila lawati laman khas Covid-19 Tracker yang dibangunkan Kini News Lab.


Kediaman

  • Pangsapuri Fadason Business Centre, Kepong

Pihak pengurusan pangsapuri semalam mengesahkan dalam surat edaran kepada penghuninya bahawa salah seorang penghuninya telah positif Covid-19.

Sejak itu, kawasan awam itu telah dibasmi kuman secara menyeluruh.

  • Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang

Adun Lembah Jaya Haniza Talha mengesahkan bahawa seorang penduduk di sini telah disahkan positif Covid-19.

Kerja pembersihan dan pembasmian kuman telah dilakukan di bangunan pangsapuri.

  • Menara Simfoni, Seri Kembangan

Pengurusan pangsapuri mengesahkan dalam surat edaran kepada penghuninya hari ini bahawa seorang penduduk didapati positif Covid-19 hari ini (11 Okt).

Isteri dan anak individu itu sedang menjalani kuarantin di rumah ketika ini.

Pihak pengurusan juga mengatakan pihaknya menutup semua kemudahan pangsapuri sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, selain mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan.

  • Residensi Bistaria, Ampang

Pihak pengurusan apartmen menerusi notis kepada penduduk memaklumkan seorang penduduk di Blok D dikenal pasti positif Covid-19.

Notis itu menyatakan ahli keluarga individu itu kini dalam kuarantin dan menasihati semua penduduk di blok itu untuk melakukan perkara sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Ia juga menasihati para penduduk yang mempunyai gejala Covid-19 untuk mendapatkan rawatan segera.


Premis

  • Pusat Kiropraktik IMU, Bukit Jalil

Salah seorang kakitangan mereka diuji positif Covid-19 pada 10 Oktober, kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Individu itu dikatakan belum pernah ke premis mereka sejak 9 Oktober dan telah dimasukkan ke hospital.

Premis ini ditutup untuk kerja pembersihan dan pembasmian kuman dan akan beroperasi semula setelah mendapat izin dari Kementerian Kesihatan.

  • Pejabat Bersatu Larut, Perak

Setiausaha kerja Bersatu Larut disahkan positif Covid-19.

Pejabat tersebut telah menjalani pembersihan dan pembasmian kuman.

Sementara itu, Ahli Parlimen Larut dan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin sedang menjalani kuarantin.

  • Bank Islam Lahad Datu

Salah seorang pekerja di cawangan Bank Islam di Lahad Datu positif Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pekerja tersebut telah dikuarantin sejak 28 September setelah melakukan perjalanan ke Tawau baru-baru ini.

Cawangan itu, termasuk terminal layan diri, akan ditutup serta merta sehingga tarikh yang belum ditentukan.

  • Pasar raya Ong Tai Kim, Gombak

Kerja pembersihan dan pembasmian kuman dijalankan setelah pelanggan didapati positif Covid-19 pada 8 Oktober.

Kontak rapat telah dikesan dan disaring setakat ini.

  • Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur

Seorang pekerja kedai Origani di tingkat bawah Bangsar Shopping Centre positif Covid-19.

Kakitangan itu kali terakhir berada di premis berkenaan pada 6 Oktober.

Premis itu ditutup serta-merta dan semua pegawainya menjalani ujian swab seperti disarankan garis panduan Kementerian Kesihatan.

Pihak pengurusan berkata mereka akan menutup pusat beli-belah itu pada pukul 8 malam hari ini (11 Okt) untuk melakukan proses pembersihan dan pembasmian kuman.

Pusat beli-belah itu akan beroperasi semula dengan waktu operasi biasa esok (12 Okt).

  • Menara TM One, Damansara Kim

Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di lokasi ini positif Covid-19.

Bangunan ini telah ditutup selama tujuh hari untuk memudahkan pembersihan dan pembasmian kuman.

Pejabat Telekom Kepayan, Kota Kinabalu

Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di lokasi ini positif Covid-19.

Premis telah ditutup lebih awal kerana kes yang meningkat di Sabah baru-baru ini.

  • Mid Valley Megamall & The Gardens, Kuala Lumpur

Seorang pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) yang mengendalikan Surreal by Elevatione Time Stops di kompleks membeli-belah ini telah disahkan positif.

Pada 9 Oktober, dia memaklumkan kepada majikannya bahawa seorang ahli keluarga telah dijangkiti virus, menyebabkan dia perlu menjalani kuarantin dan mengambil ujian.

Dia disahkan positif pada 10 Oktober dan majikannya dimaklumkan berkenaan perkara itu sehari kemudian.

Kedai tersebut ditutup serta-merta untuk satu tempoh. Kerja pembersihan sedang dijalankan di kedai dan kawasan awam di seluruh kompleks.

LSC turut mengendalikan dua kedai di The Gardens Mall yang turut terkesan dengan perkara itu.

  • 3 Damansara, Petaling Jaya

Pengurusan pusat membeli-belah ini mengumumkan seorang pengawal keselamatannya telah dikenal pasti positif Covid-19 hari ini.

Pengawal itu bertugas di pusat kawalan kebakaran kompleks itu.

Individu itu tidak hadir bertugas sejak 9 Oktober selepas teman serumahnya disahkan positif, kata pengurusan.

 


Sekolah

  • SMK Puchong Permai

Sekolah itu dimaklumkan pada 9 September bahawa seorang pelajar didapati positif Covid-19.

Pelajar itu kali terakhir hadir ke sekolah pada 2 Oktober.

Sejak itu sekolah diperintahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk ditutup dari 12 Oktober hingga 16 Oktober.

Penutupan ini melibatkan semua pelajar, guru dan pekerja lain.

  • SMJK Chong Hwa, Jalan Gombak, Setapak

Seorang guru didapati positif Covid-19. Suaminya sebelum ini juga positif selepas mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini untuk bekerja.

Sejak itu sekolah ini diperintahkan untuk ditutup dari 9 Oktober hingga 16 Oktober.

  • SK Seri Kundang, Rawang

Sekolah rendah ini ditutup dari 12 hingga 16 Oktober kerana terdedah kepada Covid-19.

Pelajar kelas Tahun 6 telah diarahkan untuk menjalani ujian swab di Klinik Kesihatan Kuang.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS