Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan badan pengurusan air Wilayah Persekutuan dibawa ke kabinet

Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi memastikan tiada gangguan bekalan air berlaku di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata cadangan penubuhan badan itu telah dibawa pada mesyuarat Kabinet hari ini dan kajian mengenainya kini dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Saya fikir kita tidak harus selamanya bergantung kepada pengurusan air di negeri Selangor. Untuk jangka panjang (Wilayah Persekutuan) perlu ada pengurusan air sendiri,” katanya kepada media selepas menghadiri program Bubur Asyura di Surau An-Najah, di Putrajaya hari ini.

Annuar berkata pelbagai manfaat akan diperoleh sekiranya Wilayah Persekutuan mempunyai badan pengurusan air sendiri.

“Dengan adanya badan ini, kami boleh menguruskan konsesi air sendiri malah membeli air mentah atau memproses air kerana di Wilayah Persekutuan banyak sumber air seperti tasik dan sungai,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS