Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Taufan Haishen: Loji nuklear di Korea Selatan alami gangguan
Diterbitkan:  Sep 7, 2020 3:11 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

GLOBAL |  Operasi dua rektor di loji nuklear yang terletak di pantai tenggara Korea Selatan mengalami gangguan disebabkan Taufan Haishen, lapor agensi berita Yonhap.

Perkara itu dimaklumkan pengendali loji nuklear berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Turbin secara tiba-tiba berhenti kerana terdapat kerosakan pada kemudahan kabel reaktor," kata Korea Hydro & Nuclear Power Co yang mengendalikan Loji Tenaga Nuklear Wolsong.

Bagaimanapun, tiada pendedahan radiasi berlaku atau isu keselamatan lain walaupun terdapat gangguan pada reaktor nombor dua dan tiga, tambah kenyataan itu.

"Kami akan menjalankan siasatan dengan lebih terperinci dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata syarikat itu.

Taufan Haishen, taufan ke-10 musim ini, mencetuskan hujan lebat dan angin kencang, kata agensi cuaca.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) berkata taufan itu mendarat di barat daya Ulsan sekitar 9 pagi, sebelum bergerak ke arah barat. Ia kemudian diramal menuju ke perairan timur laut Gangneung, wilayah Gangwon, kira-kira 2 petang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS