Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PH gesa kerajaan hadkan pembelian barang keperluan
Diterbitkan:  Mar 18, 2020 3:55 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini digesa mempertimbang cadangan untuk mengehadkan pembelian barang keperluan asas di pasaraya dan kedai lain semasa tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Setiausaha PH berkata langkah itu juga bagi menjamin kuantiti barang keperluan mencukupi bagi semua yang memerlukan, sekali gus menghalang pembelian panik.

"Pasaraya boleh mengenakan had pembelian, seperti ketika kempen jualan murah yang menghadkan pembelian sesuatu produk atau kerajaan boleh menguatkuasakan had pembelian dengan kuasa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” kata PH dalam satu kenyataan.

Kata PH, timbul kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat Malaysia hari ini ekoran perintah kawalan pergerakan itu.

Oleh demikian adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak berlengah dan segera melaksanakan catuan had pembelian barangan keperluan asas, demi menjamin keselamatan makanan bagi semua.

Gelombang pembelian panik bermula awal minggu ini ekoran kebimbangan bahawa kerajaan akan mengeluarkan perintah berkurung untuk membasmi penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Isnin, malam mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bermula esok (18 Mac) hingga 31 Mac ini, meliputi seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Muhyiddin menjelaskan melalui pengumuman yang dibuat itu bahawa kedai runcit akan kekal sepanjang tempoh kawalan pergerakan itu.

Para pakar kesihatan turut memberi amaran mengenai pembelian panik kerana ia boleh membawa kepada risiko jangkitan wabak Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS