Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Nazrin gesa negara Muslim tingkat usaha bantu pelarian

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa negara Muslim untuk meningkatkan usaha mereka dalam membantu umat Islam yang menjadi pelarian.

Ketika acara penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini, Sultan Nazrin menegaskan negara Muslim perlu menganggap masalah pelarian Muslim tanpa kerakyatan sebagai isu utama yang perlu diselesaikan.

"Kita berdepan krisis yang kian parah. Suruhanjaya Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UNHCR) melaporkan jumlah orang tidak bernegara pada masa ini lebih banyak berbanding mana-mana ketika selepas Perang Dunia Kedua.

"Ada sekitar 70 juga orang tanpa negara di seluruh dunia. Hampir 26 juta daripada jumlah itu ialah pelarian. Hampir 10 juta pelarian ini - lebih satu pertiga - datang daripada negara majoriti Muslim," katanya.

Mengakui banyak negara Muslim yang menyediakan perlindungan buat jutaa pelarian, menurut Sultan Nazrin lebih banyak usaha masih perlu dilakukan.

"Bagaimana kita boleh gunakan kemajuan yang terus kita lakukan, dalam bidang pembangunan dan kedaulatan negara, untuk membantu golongan memerlukan yang terdesak melangkaui sempadan negara kita, untuk memberikan tempat tinggal dan suara kepada mereka yang tidak mempunyainya?

"Kerana setakat ini, hakikat pedihnya ialah apa yang dilakukan negara Muslim memang tidak memadai," katanya.

"Sidang kemuncak seperti ini, yang membina jambatan antara negara Muslim di seluruh dunia, boleh menjadi batu loncatan kepada negara Muslim untuk bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini," katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS