Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Penerbangan awam Malaysia mungkin dikawal oleh hanya satu badan pada masa akan datang selepas penyatuan pengawal selia sedia ada - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Memetik pelbagai sumber, The Edge mendakwa perkembangan baharu itu adalah susulan kelulusan kabinet bagi memperkasa CAAM.

“Langkah itu bertujuan untuk memperkasa CAAM dengan entiti itu kelak mengawal aspek ekonomi dan teknikal dalam industri penerbangan awam," kata laporan itu.

CAAM bertanggungjawab mengawal aspek teknikal, penyelenggaraan dan keselamatan manakala Mavcom, yang ditubuhkan pada 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, merupakan entiti bebas yang mengawal selia urusan ekonomi dan komersil di Malaysia.

Untuk menutup Mavcom, undang-undang perlu dipinda dengan pindaan itu memerlukan kelulusan parlimen.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS