Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kertas siasatan dakwaan rogol libatkan exco diserah ke pejabat AG
Diterbitkan:  Aug 19, 2019 12:00 PM
Dikemaskini: 4:00 AM

Polis Perak telah menyerahkan semula kertas siasatan berhubung kes seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Hussain berkata kertas siasatan itu diserahkan pada Jumaat lepas.

“Insya-Allah keputusan akan dimaklumkan pada minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh, hari ini.

Pada 9 Ogos lepas, Razarudin berkata kertas siasatan itu dipulangkan semula buat kali kedua kepada pihaknya oleh Jabatan Peguam Negara untuk siasatan lebih terperinci supaya memberi keadilan terhadap kedua-dua pihak yang terlibat.

Pada 8 Julai, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong di rumah majikannya itu di Meru.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS