ULASAN | Tiada siapa boleh mengikuti kelajuan perubahan yang berlaku di dunia ini. Seseorang hanya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
Namun, apabila pemimpin luar negara memberi ucapan dengan kelajuan mirip kereta api berkelajuan tinggi, atau yang mungkin tidak dapat mengikuti apa yang ingin disampaikan, kesemua wakil duta akan cuba memahami dan menangkap penyampaian tersebut di institusi memori negara yang terlibat.
Sebagai contoh, boleh dilihat dari negara China yang merupakan salah satu anggota tetap di dalam Majlis Keselamatan PBB. Ketika Presiden Xi Jin Ping mengumumkan pelan negaranya di dalam “China Dream” atau “Made in China 2025”, wawasan China ini kedengaran sangat mendominasi dan ia telah difahami secara tepat atau tidak sebagai satu pelan pengembangan China untuk mendominasi dunia ini.
Badan pengubal dasar Presiden Xi dan ahlinya juga tidak mengakui bahawa mereka kurang jelas dengan kedua-dua pelan tersebut sepenuhnya. Demi tidak bercanggah dengan Presiden Xi, mereka tetap mempertahankan pemimpinnya walau dengan apa cara sekali pun.
Walaupun China tahu bahawa penindasan golongan Uyghurs adalah satu kesalahan strategik yang ketara dan berkemungkinan besar akan menyinggung dunia Muslim, China tetap dengan keputusan mereka. Penahanan hampir 1.5 juta orang telah menunjukkan bahawa birokat Xi mencuba sedaya usaha memahami pemikiran dan menyokong keputusan Presiden Xi terhadap kawasan Xinjiang.
Presiden Donald Trump juga dilihat tidak peduli dengan apa yang berlaku. Buktinya, penularan Tweets dan berita palsu dari akaun sosial media beliau semakin berleluasa dan ada kalanya disebarkan pada pukul 3 pagi, menyebabkan deep state birokasi Trump terpaksa mengambil alih untuk menangani isu tersebut bersama State Department Amerika Syarikat, termasuk, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon, berusaha untuk menghalang pencerobohan dan masuk campur pengaruh Rusia dan China.
Tetapi kedua-dua negara tersebut tidak mempedulikannya. Mereka melakukan ancaman dengan serangan jet pejuang yang berbahaya di ruang udara Korea Selatan. Keadaan ini membuatkan tentera Korea Selatan melepaskan hampir tiga ratus das tembakan amaran. Tidak pernah ada peristiwa sebegini berlaku sepanjang abad yang lepas dalam sejarah dunia ini.
Perancis sebaliknya, turut tidak memahami langkah Presiden Emmanuel Macron, terutamanya apabila beliau baru-baru ini mengisytiharkan kepulauan Pasifik, yang pada dasarnya sudah pun menguasai Polinesia Perancis, sebagai satu lingkungan pengaruh Perancis di bawah Indo-Pasifik. Walau apa pun terjadi, Perancis nekad untuk bersama-sama UK dan negara lain untuk mengekang China di Laut China Selatan, mencetuskan lebih banyak ketegangan yang secara praktikalnya menyebabkan Asean tidak lagi relevan.
Perdana Menteri United Kingdom yang baru, Boris Johnson, yang bercakap laju, dan tidak pernah khuatir untuk menggandingkan di antara dua seteru utama sepanjang karier beliau, kini merupakan pemimpin di alamat Nombor 10 Downing Street.
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Oxford pertengahan 1980-an, Boris Johnson pernah bekerja sebagai wartawan kanan di Brussel selama 5 tahun. Sepanjang 5 tahun beliau berada bersama Kesatuan Eropah (EU), Boris seringkali mempersoalkan tentang kelemahan prosedur EU; sering membesarkan-besarkan pengaruh EU dan kemudiannya mempengaruhi British untuk memilih Brexit, di mana England sekarang sedang berusaha keras untuk keluar dari EU sebelum 31 Oktober.
Tetapi kini, Perdana Menteri United Kingdom itu bukan sahaja perlu menghadapi isu Brexit malah juga isu Iran. Dari sudut yang lain, Selat Hormuz secara praktikalnya laluan paling merbahaya di dunia, hanya berada dalam jarak 30 batu sahaja.
Amerika Syarikat tidak lagi menjadi negara pengimport minyak bersih dan mereka dapat merasai sedikit kelegaan jika harga minyak meningkat disebabkan ketegangan ini. Lagipun, AS berperanan sebagai kuasa besar dalam pemerintahan pusat di Qatar. Buat masa sekarang, mereka mempunyai kuasa veto, yang dapat mengawal semua laluan perhubungan kapal minyak melalui satu laluan strategik di Selat Hormuz yang berhubung dengan Teluk Oman. Tetapi sekiranya Iran terjebak dalam konflik ini, ia akan menambahkan aktiviti nuklear dan akhirnya, lebih banyak ketegangan akan wujud secara tidak langsung di dunia ini.
Baru-baru ini, kapal tangki minyak UK telah dirampas oleh Iran, disebabkan tiada tolak ansur daripada Islamic Revolutionary Guards (IRG). Boris Johnson perlu menanganinya secara serius.
China bergantung hampir 90 peratus minyaknya dari 5 negara yang merentasi Selat Hormuz, iaitu Iran, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan Qatar. Oleh itu, China tidak boleh berdiam diri jika Iran dan United Kingdom saling berbalah antara satu sama lain.
China, termasuk Jepun, yang bergantung hampir 60 peratus minyak import mereka dari lima negara di atas, bersama meningkatkan kehadiran tentera mereka di kawasan terlibat dalam melindungi kapal-kapal mereka. Maka,
China dan Jepun akan terkesan dengan sebarang keputusan dibuat oleh Boris Johnson, yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Turki, antara rahsia yang berjaya disimpan oleh beliau daripada pengetahuan media.
Bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown, antara yang pertama menyatakan Boris Johnson memiliki karakter yang mencurigakan dan sifat ini boleh menyebabkan dia cenderung untuk melakukan kesalahan dalam penilaian strategik.
Dalam masa yang sama, Malaysia mendapat faedah daripada ketidakstabilan di Timur Tengah dan teluk Parsi ini. Apabila harga minyak meningkat, bajet nasional negara boleh terus bernafas, terutamanya ketika unjuran bajet Pakatan Harapan berdasarkan AS$75 se tong.
Tetapi Malaysia tidak akan mendapat keuntungan jika dunia dalam keadaan huru-hara, disebabkan trend kos tenaga yang meningkat dan juga peningkatan inflasi global. Sekuriti makanan negara turut terjejas, kerana sekuriti makanan Malaysia tidak mencapai 100 peratus terutamanya padi, ikan atau daging, kecuali ayam.
Justeru, dengan atau tanpa Brexit, ujian pertama Perdana Menteri Boris Johson terletak atas keupayaan beliau sebagai pemimpin United Kingdom untuk berhadapan dengan Iran.
Kesilapan beliau telah menyebabkan pelajar UK ditahan di Iran. Berlaku lagi kesilapan ke atas Iran, dunia akan diancam dengan Gordian Knot di Timur Tengah dan Parsi, bermula dengan kecenderungan Perdana Menteri Boris Johnson yang suka membentak dan bercakap terlalu laju sehingga ramai yang tidak faham.
DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.