Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Beri peluang Latheefa 'menyinga' basmi rasuah
Diterbitkan:  Jun 7, 2019 9:22 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Latheefa Koya perlu diberi peluang menumpukan tugasnya membasmi rasuah sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berkata walaupun pelantikan Latheefa mengundang kontroversi tetapi ia tidak boleh dibiarkan berterusan sehingga menjejaskan kestabilan pentadbiran PH.

"Pelantikan Latheefa Koya ... dianggap sebagai lantikan politik dan tidak menepati hasrat PH dalam manifestonya untuk memperkasakan institusi demokrasi ini dengan meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

"Sungguhpun begitu, pelantikan ini tidak harus dibiarkan terus menjadi kontroversi sehingga boleh menimbulkan polemik politik yang boleh menjejaskan kestabilan politik kerajaan PH," katanya dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini.

Faiz yang juga seorang peguam berkata Latheefa perlu diberi peluang melaksanakan mandatnya dengan bebas dan adil.

"Kerajaan baru yang dipilih rakyat ini digagaskan atas perjuangan membasmi rasuah dan oleh itu seseorang dari eksternal, yang mempunyai kelayakan bidang ilmu undang-undang dan karakter yang berani dan tegas sesuai untuk dilantik.

"Justeru, suatu peluang harus diberikan kepada Latheefa Koya untuk menjalankan tugas ini dengan bebas, adil serta tanpa takut dan berat sebelah," jelas timbalan ketua Pemuda Amanah itu.

Sementara itu bekas aktivis mahasiswa, Shazni Munir (gambar, atas) berkata sifat tegas Latheefa diperlukan dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

"Mengenali sosok ini semenjak perjuangan kampus, tiada keraguan sama sekali sama ada beliau mampu atau tidak menggalas amanah sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

"Dengan karakter 'menyinga' tidak mengira siapa, ketegasan beliau bakal membawa impak besar dalam usaha memerangi rasuah hingga ke akar umbi.

"Mungkin telah sampai ketikanya untuk perubahan ini diasak secara agresif, bagi membuka jalan untuk merealisasi sebuah negara sifar rasuah," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Latheefa sebelum ini melepaskan keanggotaannya dalam PKR selepas mendapat makluman mengenai pelantikannya itu. 

Namun hal ini tidak menghalang pelbagai pihak untuk terus membidas pelantikan satu pihak berkenaan.

Ramai yang mempersoalkan sama ada beliau mampu bertindak dengan tidak memihak ataupun berkecuali.

Tidak kurang juga mempertikaikan pelantikannya yang melangkaui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai lantikan awam yang dibentuk oleh kerajaan baru PH yang bertujuan mengurangkan campur tangan perdana menteri dalam lantikan jawatan utama, termasuk dalam SPRM.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada Selasa lalu turut mengakui bahawa beliau melantik Latheefa tanpa membincangkan perkara itu dengan kabinet kerana tidak mahu keputusan itu mengikat dirinya.

Suatu petisyen mendesak Latheefa berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM dilancarkan di Change.org semalam. 

Petisyen yang telah mengumpul lebih 1,000 tandatangan itu turut disertai Ahli Parlimen Wangsa Maju (PKR) Dr Tan Yee Kew. 

Berita berkaitan:

Sesiapapun berhak soal, kritik, tapi tugas saya jelas, kata Latheefa

Presiden MCA: Saya risaukan Anwar bila Latheefa jadi bos SPRM

MCA: Ego Mahathir makin hari makin besar

Pelantikan Latheefa: Kadang-kadang perlu ada kejutan, kata Dr M

Dr M: Saya sendiri pilih Latheefa, tak bincang dengan kabinet

J'kuasa parlimen boleh minta k'jaan jelaskan pelantikan SPRM

10 dari 13 ketua pesuruhjaya SPRM dilantik dari luar, kata timbalan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS