Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PTPTN 'murah hati' di utara timbulkan persoalan
Diterbitkan:  Dec 28, 2018 9:27 PM
Dikemaskini: 2:41 PM

Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kebelakangan ini kelihatan bermurah hati menghulurkan sumbangan derma telah menimbulkan tanda tanya di media sosial.

Ini kerana PTPTN berhadapan kepayahan untuk mengutip pinjaman pendidikan pelajar dan skim bayaran balik secara potongan gaji dana itu pula mendapat tentangan orang ramai.

Pada September, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan menulis di laman Facebooknya bahawa agensi itu akan menyumbangkan RM100,000 kepada mangsa ribut di Perlis. 

Semalam, PTPTN mengumumkan akan menderma RM1 juta kepada Lembaga Zakat Kedah bagi membantu golongan miskin.

Terdahulu hari ini, PTPTN berkata akan menyumbangkan RM50,000 kepada anggota bomba kelahiran Kedah, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat rusuhan pada 26 November lalu.

NGO antirasuah, C4 pada hantaran di media sosil meminta penjelasan daripada PTPTN mengenai derma yang dibuat dana itu.

"Kami fikir PTPTN kekurangan dana, kalau tak silap sebanyak RM39 bilion. Derma ini bukan atas kepentingan awam. Boleh tolong jelaskan?" Ciap C4 kepada Wan Saiful di Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter, Ooi Kok Hin mendakwa derma PTPTN mungkin berkaitan politik.

Beliau mengatakan Wan Saiful merupakan calon PRU14 di Kedah dan beliau daripada parti yang sama dengan Menteri Besar Mukhriz Mahathir.

Secara kebetulan, Wan Saiful juga ialah Setiausaha Bersatu Perlis.

Menurut laporan tahunan PTPTN, agensi itu telah menyiarkan keuntungannya sejak tahun 2011.

Setelah pemeriksaan yang lebih teliti, keuntungan ini hanya dimungkinkan kerana geran oleh kerajaan persekutuan yang berjumlah RM1,881,170,970 pada 2016.

Tanpa geran tersebut, PTPTN akan mencatatkan kerugian besar setiap tahun sepanjang tempoh keseluruhan. 

 



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS