ADS
mk-logo
Berita
Saifuddin patut henti ikut telunjuk DAP - Razlan
Diterbitkan:  Dec 26, 2018 6:05 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Kenyataan Menteri Luar Saifuddin Abdullah yang menyebut orang Melayu majoriti dalam majlis kerajaan tempatan (PBT) dibidas seorang pemimpin Umno.

Naib Ketua Umno Bahagian Seputeh Razlan Rafii mendakwa kaum Cina menjadi penentu kemenangan kerusi di bandar-bandar hari ini

"Saifuddin (Abdullah) sebagai jurucakap DAP sepatutnya mengkaji lebih dalam apa yang sedang berlaku di PBT daripada mengikut telunjuk DAP,

"Situasi Pilihanraya PBT tidak ada banyak beza dengan situasi pilihan raya umum, kebanyakkan kerusi di bandar-bandar hari ini adalah kepunyaan DAP, dimana kaum Cina merupakan menentu kepada kemenangan kerusi-kerusi ini.

"Walaupun ada tuduhan menyatakan bahawa bangsa Melayu merupakan Mejoriti di kebanyakkan PBT, namun ianya adalah muslihat kepada rampasan kuasa secara demokratik yang memberi kepentingan kepada DAP secara tersembunyi," kata bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu.

ADS

Razlan turut mendakwa pilihan raya majlis kerajaan tempatan akan mengundang pelebaran jurang ekonomi antara kaum yang mengundang perpecahan.

PM sudah kata takkan laksana

Beliau juga menggesa Saifuddin supaya jangan mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melalui media.

ADS

"Apabila perdana menteri menyatakan beliau tidak akan melaksanakan pilihan raya PBT, sepatutnya sebagai ahli kabinet beliau lebih faham kenapa ianya tidak dilaksanakan kerana ia telah dibincangkan dan jangan desak perdana menteri dengan menggunakan media," katanya.

Terdahulu, ketua setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan itu menjawab kenyataan Hadi di London kelmarin yang mengatakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyebabkan sesuatu bandar dikuasai oleh satu-satu kaum sahaja.

"Hakikatnya orang Melayu adalah majoriti di kebanyakan PBT, tetapi dia (Hadi) tidak mahu mempercayainya," kata Saifuddin di Twitter.

Menurut anggota parlimen Indera Mahkota itu, kenyataan Hadi perlu dibantah kerana menyebarkan maklumat salah mengenai pilihan raya kerajaan tempatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS