ADS
mk-logo
Berita
Saya pun tak boleh cakap ada atau tak - Adun Lanchang
Diterbitkan:  Dec 17, 2018 11:54 AM
Dikemaskini: 4:47 AM

Adun Lanchang, Mohd Sharkar Shamsuddin mengakui tidak tahu mengenai gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN di Pahang seperti didakwa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Anggota majlis tertinggi Umno berkata, beliau sendiri terkejut dengan dakwaan tersebut.

"Pasal perkara itu, kena tanya dengan Zahid. Saya dengar dia cakap sahaja, mungkin dia dapat maklumat itu daripada mana-mana dan saya pun tak boleh nak cakap ada ataupun tidak kerana saya pun terkejut (dengan kenyataan zahid),"katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Semalam Ahmad Zahid mendakwa wujud gerakan untuk membeli anggota parlimen dan Adun supaya berpaling tadah untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pahang.


ADS

Baca: Zahid: Pahang hati-hati, ada gunting dalam lipatan


Menurut MP Bagan Datuk itu terdapat gunting dalam lipatan yang mengugut dan memujuk MP dan Adun untuk menumbangkan pentadbiran sedia ada.

“Saya ingatkan orang Pahang bahawa sudah ada gunting dalam lipatan. Saya tidak menuduh tetapi kita harus berhati-hati,” katanya, petik Umno Online.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail yakin anggota parlimen dan Adun-Adunnya terutama daripada Umno akan kekal setia dan masih memberikan sokongan kepada parti itu.

Wan Rosdy yang juga pengerusi BN Pahang berkata beliau mengambil perhatian terhadap peringatan dilontar Zahid.

"Saya ambil perhatian dan pandangan atas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan saya yakin Adun-adun dan Ahli Parlimen akan memberi sokongan yang kuat dan masih setia bersama BN dan Umno," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS