Menteri Dalam Negeri , Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata pihaknya akan mengkaji cadangan untuk menegluarkan pasport khas untuk masyarakat luar bandar menunaikan umrah.
Menurut beliau, cadangan itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan diambil KDN.
Katanya, beliau mengambil maklum ramai penduduk luar bandar hanya menggunakan pasport sekali sahaja ketika menunaikan ibadah berkenaan dan selepas itu ia tidak digunakan lagi.
"Saya akan kaji cadangan itu memang biasa orang kampung pergi sekali, kita akan teliti jika dianggap oleh Jabatan Imigresen boleh dilaksanakan begitu.
"Mungkin pembayaran pasport tak sama dengan pasport kekal ini saya akan kaji, jelas beliau seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian semalam ketika menjawab pertanyaan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat yang mencadagkan kerajaan membuat pasport khas yang berbeza dengan pasport kekal bagi penduduk luar bandar.
"Mereka hanya guna pasport sekali, pergi umrah sekali dia akan lupus.
"Saya sarankan agar bayarannya juga dapat dikurangkan dalam harga munasabah antara RM100 dan RM200 memadai mungkin lebih rendah bagi mereka," kata Tuan Ibrahim.