Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Yang berhujah sampah pun tak dilayan seperti sampah’
Diterbitkan:  Oct 23, 2018 10:13 AM
Dikemaskini: 2:17 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin menyerang kembali Ketua Puteri Umno Datuk Zahida Zarik Khan yang mendakwa kerajaan melayan pemandu teksi seperti sampah.

Tanpa menyebut nama, Hanipa sebaliknya berkata hujah dilemparkan pemimpin parti lawan itu sebenarnya “macam sampah”.

“Tak apalah nak tuduh. Itu hak dan kebebasan bersuara beliau yang kita wajar rai.

“Tak kiralah jika pendapat beliau mungkin bertaraf ‘sampah’, kata pemimpin AMANAH itu.

Hanipa merujuk laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Zahida di media sosial.

Zahida berkata pemandu teksi kini dilayan macam “sampah” selepas kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kecaman keras bekas menteri dan wartawan veteran Tan Sri Zainudin Maidin terhadap pemandu teksi yang dikatakan biadap dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di Facebook, Hanipa memberi jaminan tiada pihak akan dilayan sebagai sampah “hatta kepada mereka yang berhujah seperti hujah sampah" .

“Tuhan sahaja yang tahu betapa kami semua bekerja keras untuk selamatkan negara ini .

Anyway, demokrasi terima dua-dua, wangian kasturi dan busuknya sampah!” sindirnya.

Dalam pertemuan di Langkawi Sabtu lalu, terhadap pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat dan keluar dewan, sehingga mendorong Mahathir meluahkan rasa kecewanya dan menawarkan peletakan jawatan.

Sebelum kejadian itu, Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS