Menteri kewangan menolak penilaian MIDF Amanah Investment Bank bahawa kejatuhan pasaran saham bukan disebabkan oleh pembatalan projek bawah tanah MRT2 oleh MMC-Gamuda.
Lim berkata pasaran saham banyak dipengaruhi oleh faktor luaran.
“Saham jatuh bukan kerana satu atau dua projek syarikat, ini tiada kesan yang besar,” kata Lim.
“Saya rasa bukan hanya Malaysia, pasaran sahan di seluruh dunia juga dipengaruhi oleh pembangunan ekonomi di Amerika Syarikat, terutamanya susulan perang perdagangan dunia terutamanya dengan China.”
Laporan itu dibangkitkan Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) semasa sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.