Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor melantik peguam David Matthew untuk mewakili pasangan itu dalam kes saman RM52.6 juta yang difailkan saudagar karpet Deepak Jaikishian, adik lelakinya Rajesh Jaikishian dan syarikat mereka Radiant Splendour Sdn Bhd.

Bulan lalu, ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memanggil kes ini di hadapan Hakim S Nantha Balan, Najib dan Rosmah masih belum melantik peguamnya.

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Deepak mengesahkan hal tersebut ketika ditemui pemberita semasa pengurusan kes hari ini di kamar mahkamah tinggi.

Deepak, adiknya dan syarikat mereka menamakan Najib, Rosmah, adik bekas perdana menteri, Datuk Ahmad Johari Razak, bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai defendan dalam saman yang difailkan pada 12 September lalu itu.

Saman itu menuntut kerugian dan menuntut tort konspirasi, penipuan, malfeasance dan penyalahgunaan proses di mana plaintif mendakwa Najib dan Rosmah menjadi dalangnya.

Syarikat itu dan dua lagi (Deepak dan Rajesh) didakwa terpaksa mengambil pinjaman hampir RM200 juta dari Bank Rakyat (RM198 juta) bagi pihak Najib dan Rosmah.

Pinjaman itu didakwa sebagai pertukaran pemilikan plaintif bagi geran utama sebanyak 80 unit kediaman di atas sebidang tanah di Kuala Lumpur yang digunakan sebagai surat ikatan tugasan untuk perjanjian itu pada tahun 2008.

Sebagai balasan, Radiant Splendor dan kedua-dua plaintif telah dilantik sebagai proksi bagi pihak Najib dan Rosmah, untuk pemilikan Menara Angkasaraya dan tanah Bukit Raja bernilai RM2 bilion.

Bagaimanapun, pada 19 April 2013, pihak plaintif dan Bank Rakyat mengadakan perjanjian penyelesaian kerana pinjaman berkenaan gagal dibayar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS