Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan bapa Altantuya guna keputusan jenayah dalam saman RM100 juta ditolak

Shaariibuu Setev perlu membuktikan sekali lagi bahawa kerajaan dan dua bekas anggota polis - Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - bertanggungjawab dalam pembunuhan anaknya, model Mongolia Altantuya Shaariibuu, dalam saman sivil RM100 juta beliau.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Vazeer Alam Mydin Meera hari ini memutuskan mahkamah terikat dengan Seksyen 43 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan prosiding perbicaraan jenayah dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan - yang memutuskan Azilah dan Sirul bersalah - tidak boleh digunakan dalam prosiding sivil.

Keputusan mahkamah itu dimaklumkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo.

Sangeet berkata mereka mendapat arahan untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Beliau berkata mungkin sudah tiba masanya kerajaan, terutama Peguam Negara Tommy Thomas, untuk melihat kembali soal meminda Akta Keterangan memandangkan United Kingdom dan Singapura telah memindanya untuk membenarkan prosiding jenayah digunakan dalam perbicaraan sivil.

Dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, katanya lagi, plaintif perlu memanggil saksi yang telah digunakan ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi, termasuk anggota polis.

Pada 2008, Keluarga Shaariibuu memfailkan saman RM100 juta terhadap kerajaan, Azilah, Sirul dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda berhubung pembunuhan Altantuya yang terjadi dua tahun sebelumnya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS