ADS
mk-logo
Berita
SKMM hubungi Facebook insiden akaun pengguna digodam

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berhubung dengan Facebook untuk mengetahui jumlah pengguna FB yang terjejas oleh insiden menggodam baru-baru ini.

Menurut suruhanjaya itu, pengguna perlu memeriksa keselamatan FB serta kekunci masuk masing-masing untuk mengetahui sekiranya akaun mereka telah dicerobohi.

“Pengguna juga dinasihat agar sentiasa peka dengan sebarang aktiviti mencurigakan berlaku terhadap akaun mereka dan dinasihat melaporkannya kepada pihak berkuasa,” demikian menurut SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan dan aduan boleh dibuat kepada SKMM di 016 2206262, atau Jabatan Perlindungan Data Peribadi di aduan@pdp.gov.my.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS