Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis: Najib gagal buktikan rampasan sebanyak RM160 juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata Datuk Seri Najib Razak gagal membuktikan dakwaan bahawa jumlah rampasan di kediaman dikaitkan dengan beliau sebenarnya lebih banyak daripada diberitahu.

Amar berkata Najib telah membuat laporan mendakwa jumlah rampasan sebenarnya berjumlah RM160 juta, bukan RM114 juta seperti dinyatakan polis.

“Polis telah merakamkan kenyataannya.

“Beliau tidak dapat membuktikan dari mana wang itu datang atau sekurang-kurangnya jelaskan bagaimana dia dapat angka itu,” kata Amar dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Amar berkata Najib membuat laporan hanya selepas seminggu selepas kenyataan polis dikeluarkan berkaitan jumlah rampasan ketika menyiasat skandal 1MDB.

“Sebelum itu dia tidak tampil beritahu berapa jumlah wang itu,” katanya.

Umno memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas, yang mendakwa RM43.3 juta telah hilang daripada pasukan polis.

Parti itu mendakwa ia berlaku ketika serbuan polis.

Menurut Amar, saman Umno itu menggunakan laporan polis Najib sebagai sandaran.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS