ADS

PARLIMEN | Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak akan meluluskan sebarang konsesi tol baru di negara ini.

Katanya janji itu melihatkan sebarang cadangan pembinaan lebuh raya yang belum diluluskan kerajaan.

"Saya beri jaminan bahawa kerajaan HARAPAN tidak lagi akan meluluskan lebuh raya bertol di Malaysia," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Baru menyatakan pendirian itu semasa menggulung perbahasan titah diraja untuk kementeriannya.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata demikian sebagai menjawab soalan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) yang mahu mendapatkan jaminan kerajaan bahawa tiada lagi perjanjian konsesi lebuh raya baru diluluskan.

ADS

Menurut Baru kerajaan HARAPAN - yang menjanjikan penghapusan secara berperingkat di semua lebuh raya di negara ini dalam manifestonya - sedang menjalankan kajian mengenai isu itu.

Katanya langkah itu dibuat kerana cadangan tersebut melibatkan kesan besar terhadap aspek kewangan negara.

"Pada masa sama kerajaan juga perlu menjaga kepentingan semua stakeholders (pihak yang ada kepentingan), seperti pemegang konsesi, pelabur dan pemberi pinjaman," katanya.

ADS

Menurut anggota parlimen Selangau itu berdasarkan kenyataan sebelum ini kos keseluruhan pengambilalihan itu berjumlah RM400 bilion.

"Pemansuhan tol secara serentak dijangka akan memberi kesan kepada keupayaan kerajaan pada masa ini," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS